BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

nuffnang

Jumaat, 17 Julai 2009

Cerita satu malam..

Enche Atan baru terjaga dari tidur yang tersangatlah enakknya. Dalam kegelapan malam yang hening itu, mata Enche Atan terarah kesegenap penjuru ruang..ya, semuanya kelam..owh, rupanya lampu bilek belom dipasang. Sekonyong-konyong Enche Atan bergerak malas lantas dinyalakan lampu tersebut. Yaaaa...barulah cerah dan ceria suasana...haishhh, seketul objek disebelah katil membuatkan Enche Atan agak kurang ceria berbanding 10 saat sebelumnya. Beg tersebut bersusah payah disumbat oleh Enche Atan dengan segala macam 'tok nenek' untuk pulang ke Malaysia pada siang harinya tadi. Kalau bersusah payah menggembling tenaga untuk beg ittewww kenapakah Enche Atan menjadi kurang ceria? Hipotesis diri menyatakan Enche Atan merasa sungguh lama untuk bergerak ke "airport" lalu terbang pulang ke kampong lantas mengimarahkan segala yang tertinggal semenjak Enche Atan merantau ke bumi asing innieyyy. Yaa..masa memang bergerak dengan agak kejam untuk Enche Atan..sekurang-kurang buat ketika innnieyy.

"Ahhh..persetankan" getus hati Enche Atan yang memang terkenal dengan jiwa yang ampuh, suci lagi murni.

Kaki Enche Atan bergerak menuju ke sinki. Lantas dibasuh mukanya yang sedia kacak ittew sekadar ala, menggosok gigi barang sepam dua dan melakukan senaman kucing mengawan.

Enche Atan membuka laptopnya, diperiksa kalau-kalau ada email penting dari bossnya. Ok..semuanya bagus, tiada yang memerlukan tindakan segera atau seumpamanya. Lalu Enche Atan melayari blog-blog politik kegemarannya. Yaaa..Enche Atan memang meminati politik, perkembangan semasa mutakhir kini membuatkan Enche Atan marah, geram, menyampah..dan ada tikanya seakan mahu membunuh sesetengah insan.

"Dasar tak tahu sejarah!!" Enche Atan bermonolog.

Dek kebosanan yang datang secara tiba-tiba, Enche Atan lantas mendengar lagu-lagu kegemaran dari 'mp3'nya. "Goosebump" melanda sebaik sahaja mendengar lagu "Eagles - Hotel California". Lalu ditukarkan lagu mengikut seleksi dan selera Enche Atan;
  1. BB King - The thrill is gone
  2. Stevie Wonder - Superstition
  3. Eric Clapton - I shot the sheriff
  4. Kansas - Carry on wayward son
  5. Frank Sinatra - Fly me to the moon
  6. Ringside - Tired of being sorry
  7. Led Zepplin - Kashmir
  8. Elton John - Tiny dancer
  9. Jimi Hendrix - Little wings
Sedang leka menyanyi dan menari mengikut alunan irama, tetiba Enche Atan merasakan sesuatu yang agak kurang selesa. Ditahannya 'ketidakselesaan' tersebut sambil meneruskan anggukan batu jemala yang seakan orang beratip itu. Angguk..angguk..dan angguk lagi..

"Ohh shit!!" Enche Atan menyalakan sebatang rokok lantas mencapai tuala dan pada kadar kelajuan cahaya terus "dash" menuju ke tandas...

"Apa berakkkk!!!!!" gumam diriku innieyyy...


Sabtu, 27 Jun 2009

ayat pertama Enche Atannas

testing..testing..hohohohoho